Monster Hunter Stories 2 Tiba Julai Ini Untuk Switch Dan PC

Capcom melalui acara digital untuk Monster Hunter telah mengumumkan yang permainan susulan Monster Hunter Stories iaitu Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan tiba pada 9 Julai 2021, selain untuk Nintendo Switch ia juga akan tiba untuk PC.

Monster Hunter Stories 2: Wings Of Ruin akan memfokuskan pengembaraan RPG dengan penceritaan solo. Di dalam dunia Monster Hunter Stories, ia memfokuskan keupayaan untuk pemburu bekerjasama bersama raksasa di mana selain memburu mereka, pemain juga berupaya untuk menunggangnya.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang demo baharu untuk Monster Hunter Rise yang akan tiba pada 11 Mac ini, ia adalah demo seperti sebelum ini akan tetapi pemain boleh cuba untuk memburu Magnamalos. Monster Hunter Rise akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021 untuk Nintendo Switch.

Anda boleh tonton secara penuh untuk acara digital Monster Hunter di bawah.

Sohor Kini