Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan yang mod dalam talian untuk Watch Dogs: Legion akan tiba melalui kemaskini pada 10 Mac ini untuk semua platform permainan tersebut dikeluarkan. Namun, pada hujung minggu lepas, mereka telah mengumumkan yang akibat masalah pepijat di PC, mod tersebut telah ditunda ke satu tarikh yang tidak diumumkan lagi.

Bagi konsol, ia masih lagi akan dikeluarkan pada 10 Mac ini akan tetapi salah satu mod yang akan tiba iaitu Tactical OP didapati mempunyai masalah di konsol dan akan tiba lebih lewat iaitu 23 Mac 2021. Pengguna di PS4 dan PS5 juga akan mempunyai masalah mesej di dalam permainan, dan mereka menyasarkan 23 Mac juga untuk menyelesaikannya.

Mod dalam talian untuk Watch Dogs: Legion sepatutnya tiba pada bulan Januari tetapi telah ditunda kerana pelbagai masalah prestasi untuk permainan asas.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini