Tales of Arise adalah permainan seterusnya untuk siri ‘Tales of’ oleh Bandai Namco, selepas diumumkan pada dua tahun lepas, serta pengumuman mengenai penundaan-nya ke satu tarikh yang tidak ditetapkan, tidak banyak informasi lanjut yang dikongsi mengenai permainan ini.

Pada minggu lepas, Bandai Namco akhirnya memperlihatkan treler baharu untuknya dan mengatakan mereka akan melakukan pengumuman lanjut mengenai permainan tersebut pada suku kedua tahun ini, berkemungkinan pengumuman untuk tarikh pelancaran.

Treler ini sekali lagi memperlihatkan watak Alphen dan Shionne, seperti diumumkan sebelum ini, Alphen tidak dapat merasakan kesakitan yang membuatkan dia sahaja dapat menggunakan pedang “The Fire Sword”. Shionne pula berkebolehan menggunakan magis, dan di dalam treler baharu ini dia mengatakan yang pedang tersebut hanya berfungsi kerana magis daripada dirinya.

Tales of Arise diumumkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia berkemungkinan besar akan menyokong fungsi keserasian belakang untuk dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series.

Sohor Kini