Guilty Gear Strive merupakan permainan perlawanan seterusnya oleh Arc System Works. Pada awalnya ia diumumkan akan tiba pada tahun 2020 tetapi telah ditunda ke 9 April tahun ini akibat pandemik Covid-19. Kini, mereka mengumumkan yang terpaksa tundanya sekali lagi dan hanya akan tiba pada 11 Jun 2021.
Mereka mengatakan yang selepas sesi beta terbuka dilakukan, mereka ingin mengambil lebih masa untuk memperbaiki beberapa aspek permainan seperti sesi permainan dalam talian dan juga kestabilan pelayan. Ia juga akan memberi masa kepada mereka untuk memberi kualiti yang lebih kepada permainan.
Guilty Gear Strive akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC.