Skip to main content

Garena iaitu pembangun dan penerbit untuk permainan battle royale Free Fire telah mengumumkan perancangan kejohanan esukan bagi permainan tersebut untuk tahun ini. Mereka akan menganjurkan tiga kejohanan antarabangsa iaitu 2 edisi untuk World Series, dan All Stars, bersama dengan kejohanan tempatan.

Free Fire World Series iaitu kejohanan utama untuk permainan Free Fire akan kembali untuk tahun ini selepas dibatalkan pada tahun lepas, ia akan dianjurkan dua edisi iaitu pada bulan April dan bulan November. Pasukan-pasukan akan melalui terlebih dahulu Free Fire Malaysia, Free Fire Kemboja dan Free Filipina Majors untuk mencari pasukan yang akan memawakili setiap negara ke World Series.

Edisi April akan berlangsung pada 24 April dan akan peringkat akhir akan berlangsung pada 1 Mei 2021. Secara keseluruhan ia akan menyertakan 22 pasukan daripada 13 benua termasuk juga Timur Tengah, Pakistan dan Bangladesh. Ia akan menawarkan hadiah terkumpul $2 juta.

Manakala kejohanan Free Fire All Stars pula adalah pertandingan persembahan yang akan melibatkan pemain profesional bersama dengan selebriti. Ia akan dianjurkan pada bulan Julai dan maklumat lanjut akan dikongsi pada masa hadapan.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia boleh didapati secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply