Skip to main content

Pada akhir Februari lepas, PUBG Corporation dan Krafton telah mengumumkan permainan mudah alih baharu PUBG iaitu PUBG: New State. Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga telah membuka pra-daftar di Play Store untuk pengguna Android.

Hujung minggu lepas, iaitu selepas seminggu sesi pra-daftar tersebut dibuka, mereka mengumumkan yang sudah terdapat 5 juta pemain yang melakukannya. Setiap pemain yang pra-daftar akan mendapat kostum untuk kenderaan eksklusif apabila permainan ini dikeluarkan kelak.

PUBG New State akan dikeluarkan pada tahun ini untuk iOS dan Android, sesi pra-daftar untuk iOS akan tiba tidak lama lagi dan versi pra-alfa akan dikeluarkan sebelum permainan penuh tiba.

Leave a Reply