Dengan kebanyakan negeri sekarang memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pawagam juga kini boleh mula beroperasi semula. Antara filem yang dinantikan ramai adalah Demon Slayer: Mugen Train yang dibawa secara eksklusif oleh GSC.

Melalui ciapan oleh GSC, mereka telah mengumumkan selepas memulakan tayangan pada hari 5 Mac lepas, filem Demon Slayer: Mugen Train telah menghampiri kutipan sebanyak RM1.5 juta untuk hujung minggu pertama. Sekali gus menjadi filem dengan kutipan tertinggi untuk minggu lepas.

Demon Slayer: Mugen Train merupakan filem dengan kutipan tertinggi di Jepun apabila ia mendapat kutipan sebanyak 32.47 bilion yen (~RM1.27 bilion) selepas lebih sebulan dikeluarkan, mengalahkan Sprited Away yang memegang rekod tersebut untuk sekian lama.

Sohor Kini