Skip to main content

Selepas penganjuran Kejohanan League of Legends: Wild Rift Icon Series – Pra Musim dianjurkan dengan jayanya sebelum ini, Riot Games akhrinya mengumumkan yang kejohanan League of Legends: Wild Rift Icon Series Musim Panas Asia Tenggara akan bermula pada 3 April ini.

Kejohanan ini akan berlangsung selama 8 minggu, setiap 7 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Di Malaysia, pendaftaran akan bermula pada 8 Mac 2021, pusingan kelayakan bermula pada 3 April 2021, dan ia akan dianjurkan oleh ESL Malaysia. Anda boleh tontonnya kejohanan ini di Youtube dan juga Facebook.

Juara daripada setiap negara akan berjumpa di Summer Super Cup untuk mencari pasukan terbaik di Asia Tenggara. League of Legends: Wild Rift sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply