Skip to main content

Mihoyo melalui kemaskini 1.3 untuk Genshin Impact telah memperkenalkan pelbagai perkara baharu seperti watak, acara dan juga permainan-mini. Minggu ini, mereka mengumumkan pula kemaskini 1.4 yang tampaknya hadir dengan penawaran yang sama, jika tidak lebih baik.

Kemaskini 1.4 ini akan tiba untuk semua pemain pada 17 Mac 2021. Berikut adalah antara perkara menarik yang disertakan melalui kemaskini baharu ini;

  • Acara Musim: Windblume Festival – Jika sambutan Lantern Rite sebelum ini bertempat di Liyue, acara kali ini memfokuskan kepada Mondstadt. Ia adalah sambutan bersempena pembebasan Mondstadt pada 2600 tahun lepas. Acara ini akan menyertakan pelbagai permainan-mini, cabaran untuk memberi peluang kepada pemain mendapatkan Windblume Festival Commemorative Balloon, Windsong Lyre dan juga senjata 4-bintang Windblum Ode.
  • Hangout Event – Bentuk baharu untuk misi penceritaan, ia memberi peluang kepada pemain untuk meluangkan masa bersama Barbara, Noelle, Bennett, dan Chongyun. Menariknya, ia menyertakan pengakhiran yang berbeza dan pemain boleh melakukan misi berulang kali untuk mendapat kesemua pengakhiran tersebut.
  • Penerusan Penceritaan – Bagi penceritaan utama, melalui kemaskini 1.4, pemain akan mengetahui lebih lanjut mengenai Abyss Order dan juga mengenai abang ataupun kakak kepada Travelers, di mana pemain akan meneruskan penyiasatan mengenia “Bough Keeper” Dainsleif dan akan berjumpa dengan Abyss Herald.
  • Watak Baharu – Setelah tiba sebelum ini sebagai watak penceritaan, Rosaria akan menyertai sebagai watak yang boleh digunakan sebagai watak 4-bintang baharu. Ia akan menggunakan polearm, dan mempunyai elemen Cyro.
  • Penambahan lain – Condensed Resin kini boleh disimpan sehingga 5 unit, Pengalaman yang diperoleh selepas pemain mencecah tahap 60 akan ditukar menjadi Mora, dan boleh merendahkan World Level sebanyak satu (sekali dalam masa sehari sahaja).

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 (keserasian belakang), PC, iOS dan Android. Ia boleh didapati secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply