Skip to main content

Pengarah untuk Super Smash Bros Ultimate Masahiro Sakurai minggu ini telah berkongsi lanjut mengenai watak Pyra/Mythra yang sebelum ini diumumkan sebagai watak seterusnya untuk Super Smash Bros Ultimate. Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah.

Seperti di dalam permainan Xenoblade Chronicles 2, Pyra dan Mythra merupakan satu watak yang sama tetapi mempunyai dua identiti. Super Smash Bros Ultimate juga mengguna-pakai konsep yang sama, pemain boleh menukar di antara Pyra dan Mythra dengan menekan butang bawah. Pemain juga boleh memilih watak yang memulakan pertempuran semasa memilih.

Watak Pyra dan Mythra akan mempunyai pelbagai perbezaan, menjadikan ia adalah dua watak dalam satu semasa pertempuran. Menurut Sakurai, Pyra memfokuskan kepada serangan berkuasa manakala Mythra pula memfokuskan kepada kepantasan pergerakan. Ia akan memberi pemain peluang untuk mengubah strategi semasa bermain mengikut keadaan semasa.

Bersama dengan watak ia juga akan menyertakan peringkat baharu iaitu Cloud Sea of Alrest, Sakurai juga mengumumkan kostum baharu untuk Mii Fighters iaitu berdasarkan Monster Hunter dan Ghost n’ Goblins.

Watak Pyra dan Mythra kini boleh didapati secara berasingan dengan harga $5.99 atau sebahagian daripada Fighter Pass Vol. 2 menyertai Min Min, Steve dari Minecraft, dan Sephiroth.

Leave a Reply