Valve hari ini mengumumkan yang mereka menghentikan pembangunan untuk permainan kad digital Dota 2, Artifact. Ini termasuk juga, untuk Artifact 2.0. Namun, mereka akan terus membolehkan pemain untuk terus bermain Artifact versi awal yang digelar sebagai Artifact Classic dan Artifact 2.0 yang dikenali sebagai Artifact Foundry.

Mereka mengatakan walaupun mempunyai penerimaan yang baik pada awal pelancaran, jumlah pemain yang terus bermain berkurangan dengan cepat, yang membuatkan mereka membangunkan Artifact 2.0, selepas lebih setahun mereka membangunkan Artifact 2.0, jumlah pemain aktif tidak mencukupi untuk mereka meneruskan pembangunan bagi permainan ini.

Jika pemain ingin terus bermain, Artifact Classic akan memberikan kesemua koleksi kad yang ada sebarang fungsi pembelian tidak akan disertakan. Manakala untuk Artifact Foundry, pemain akan mendapat kad dengan maju di dalam permainan, ia juga akan membuang kesemua fungsi pembelian.

Anda boleh memasang kedua-dua permainan ini melalui pautan ini.

Sohor Kini