Skip to main content

Acara masa terhad Anniversary untuk Apex Legends baru sahaja tamat pada minggu lepas, dan hari ini Respawn Entertainment dan EA telah mengumumkan acara masa terhad baharu iaitu Chaos Theory. Ia akan bermula pada tarikh yang sama dengan pelancaran permainan tersebut di Switch iaitu 9 Mac dan berlangsung sehingga 23 Mac 2021.

Seperti acara-acara masa terhad sebelum ini, Chaos Theory juga akan melakukan perubahan rekaan kepada satu bahagian di peta permainana. Kali ini, ia adalah Caustic Town Takeover yang akan membolehkan pemain untuk mendapat barangan berkualiti emas dengan menyalirkan air beracun daripada kawasan tersebut.

Bagi mod permainan masa terhad pula, ia adalah Ring Fury Escalation Takeoever, di mana secara rawak satu kawasan akan mempunyai Ring Flare yang akan memberi kesan seperti pemain berada di luar kawasan yang boleh dimainkan. Pemain juga boleh membaling Heat Shields untuk menghalang buat sementara waktu daripada mendapat kesan berada di luar kawasan.

Pemain juga akan mendapat Chaos Theory Collection yang akan memberi pemain pelbagai barangan kosmetik termasuk juga kostum dan hiasan senjata. Pemain juga berupaya untuk mendapatkan 24 barangan rekaan khusus bagi acara ini melalui Event Apex Packs ataupun pembelian secara terus menggunakan Apex Coins dan Crafting Metals.

Bagi anda yang ternanti-nanti fungsi untuk bermain secara solo, Apex Legends akan membolehkan pemain untuk melakukannya melalui fungsi “No-fill Matchmaking”. Jadi tidak kira anda berdua ataupun berseorangan anda masih boleh bermain mod Trios, tanpa bersama dengan pemain secara rawak.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia akan tiba untuk Switch pada 9 Mac 2021.

Leave a Reply