CI Games mengumumkan yang selepas beberapa kali tertunda Sniper Ghost Warrior Contracts 2 akan dikeluarkan pada 4 Jun 2021 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series dan PC. Selain itu, mereka juga berkongsi treler bentuk permainan baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Antara fungsi baharu yang disertakan untuk permainan kedua bagi edisi Contracts adalah jarak yang lebih jauh iaitu melebihi 1000m, ia juga akan menyertakan kempen permainan solo yan gberlaku di Timur Tengah dengan 5 peta yang memberi pemain pilihan sendiri untuk mencari cara terbaik menyelesaikan sesuatu misi. Bagi versi PS5 dan Xbox Series ia akan menyertakan sokongan resolusi 4K dan kadar pemuatan yang lebih pantas.

Sniper Ghost Warrior Contracts 2 merupakan permainan kelima untuk siri Sniper Ghost Warrior dan permainan kedua untuk siri Contracts. CI Games juga mengumumkan yang siri Sniper Ghost Warrior telah terjual sebanyak 11 juta unit setakat ini.

Sohor Kini