Skip to main content

PlayStack telah mengumumkan yang Mortal Shell telah terjual sebanyak 500 ribu unti sejakt dilancarkan pada Ogos tahun lepas untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Selain itu, mereka juga mengumumkan Mortal Shell: Enhanced Edition yang menyertakan versi penambah-baikkan khusus untuk PlayStation 5 dan Xbox Series.

Mortal Shell: Enhanced Edition boleh mula didapati bermula hari ini melalui PS Store dan juga Xbox Store dengan harga RM129, bagi pemain yang sudah memiliki versi PS4 atau Xbox One, mereka boleh dapatkan edisi Enhanced ini secara percuma.

Edisi enhanced ini akan menyokong kualiti grafik yang lebih baik dengan kualiti tekstur yang lebih baik, sokongan resolusi 4K, pemuatan yang lebih pantas dan juga kadar kelancaran 60FPS di PS5 dan Xbox Series X. Di PS5 ia juga akan menyokong fungsi DualSense.

Mortal Shell merupakan permainan aksi RPG yang mana ianya menyertakan pelbagai bentuk pertempuran dengan kemahiran yang pelbagai. Permainan ini juga diinspirasikan daripada siri Dark Souls di mana ia menyertakan tahap kesukaran yang sangat mencabar seakan siri Soulsborne lain.

Leave a Reply