Sony Pictures Virtual Reality dan XR Games telah mengumumkan yang permainan realiti maya berdasarkan siri Zombieland iaitu Zombieland VR: Headshot Fever akan dikeluarkan pada suku kedua tahun ini untuk Oculus Quest, Oculus Rift, HTC Vive, Windows Mixed Reality dan PSVR.

Permainan menembak ini akan membawa dunia zombieland secara realiti maya, fokus permainan ini adalah membunuh zombie dengan masa terpantas dan dapat membandingkannya dengan pemain-pemain lain. Pemain akan diberikan pelbagai jenis senjata dan dapat menemui watak daripada filem Zombieland iaitu Tallahassee, Wichita, Columbus dan Little Rock.

Antara fungsi yang disertakan di dalam pemrainan ini adalah sistem Adrenaline di mana jika pemain melakukan tembakan kepala dua kali berturut-turut keadaan sekeliling akan menjadi perlahan. Ia akan menyertakan leaderboard secara global untuk anda membandingkan pencapaian.

Filem terbaru Zombieland iaitu Zombieland: Double Tap sudah dikeluarkan pada tahun 2019, ia juga telah menerima permainan aksi pengembaraan pada tahun yang sama iaitu Zombieland: Double Tap- Road Trip.

Sohor Kini