Wargame: Red Dragon Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store minggu ini menawarkan satu permainan percuma untuk tawaran minggua mereka iaitu Wargame: Red Dragon, selepas tawaran Sunless Sea berakhir tengah malam tadi. Permainan baharu ini boleh ditebus sehingga 12 Mac 2021.

Wargame: Red Dragon adalah permainan strategi masa nyata berdasarkan ketenteraan ketika Perang Dingin di mana ia menggunakan sejarah alternatif iaitu Kesatuan Soviet masih tidak jatuh. Pemain akan mengawal pelbagai jenis unit tentera termasuk juga kapal perang, jet pejuang dan tentera darat. Ia mempunyai pilihan 21 negara dan lebih 1,900 jenis unit tentera.

Selepas tawaran ini berakhir, ia akan digantikan dengan satu permainan juga iaitu Surviving Mars yang akan ditawarkan sehingga 18 Mac 2021.

Sohor Kini