Valheim terus menjadi permainan terbesar pada tahun ini, selepas sebulan dikeluarkan ia telah terjual sebanyak 5 juta unit, selepas terjual sebanyak 2 juta unit dalam masa 2 minggu sahaja dikeluarkan. Bagi permainan yang dibangunkan oleh 5 pembangun sahaja, ini sudah semestinya satu kejayaan yang sangat baik untuk Iron Gate.

Selain berkongsi jumlah jualan terbaru, mereka juga telah mengumumkan yang pemain telah meluangkan 15 ribu tahun bermain secara keseluruhan, 35 juta jam tontonan di Twitch, dan menjadi permainan ke-39 menerima ulasan terbaik di Steam.

Valheim adalah permainan ketahanan hidup dunia terbuka di mana pemain perlu membentuk penempatan tersendiri, mencari sumber dan juga melawan pelbagai penjahat. Ia boleh didapati di Steam secara akses awal dengan harga RM39.

Sohor Kini