Doom 3 VR Edition Diumumkan Untuk PSVR

Bethesda mengumumkan yang Doom 3 VR Edition akan dikeluarkan untuk PlayStation VR pada 29 Mac ini, ia boleh dimainkan di PlayStation 4 dan juga PlayStation 5 melalui keserasian belakang. Ia akan menyertakan permainan Doom 3 dan juga penambahan Resurrection of Evil and The Lost Mission.

Doom 3 VR Edition adalah permainan realiti maya berdasarkan Doom 3 yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2004, sebelum turut tiba melalui versi penambah-baikkan untuk platform-platform lain.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika dengan mendapatkan Doom 3 VR Edition sama ada anda akan mendapatkan Doom 3 bersama.

Sohor Kini