The Sinking City Ditawarkan Dan Dibuang Dari Steam Dalam Masa Sehari

The Sinking City merupakan permainan yang dibangunkan oleh Frogwares dan diterbitkan oleh Bigben Interactive yang kini dikenali sebagai Nacon. Pada tahun lepas, Frogwares mengatakan yang mereka telah membatalkan kontrak bersama dengan Nacon kerana masalah bayaran. Nacon pula mengatakan yang pembayaran sudah dilakukan sepenuhnya dan mereka mempunyai hak untuk terus menerbitkan permainan tersebut.

Di akibatkan pergaduhan tersebut yang buat masa ini masih dibicarakan di Mahkamah, The Sinking City tidak lagi disenaraikan di mana-mana gedung permainan. Beberapa hari lepas, Nacon telah mengeluarkan kembali permainan tersebut di Steam yang membuatkan Frogwares mengeluarkan kenyataan yang permainan tersebut bukan dari mereka sebaliknya Nacon telah “mencuri” dari mereka untuk dikeluarkan di Steam.

Mereka juga telah mengeluarkan video untuk menyatakan bagaimana Nacon mencuri dari mereka. Anda boleh tontonnya di-bawah.

Frogwares juga telah memfailkan DMCA ke Steam untuk permainan tersebut, dan Steam terus membuangnya dari senarai. Frogwares mengatakan yang ia adalah tindakan sementara untuk mereka mengumpul lebih banyak bukti mengenai Nacon mengeluarkan permainan tersebut tanpa kebenaran. Nacon terus menegaskan yang mereka mempunyai hak untuk mengeluarkan permainan tersebut di Steam, jika Frogwares tidak ingin melakukannya mereka boleh menggunakan pembangun lain.

Sohor Kini