Bloomberg hari ini melaporkan yang versi terbaru Nintendo Switch ataupun Switch Pro akan hadir dengan skrin bersaiz lebih besar iaitu 7-inci berbanding 6.2 inci yang terdapat di Switch sekarang. Selain itu, ia juga akan menggunakan panel OLED berbanding LCD.
Tambah laporan tersebut, panel tersebut akan dikeluarkan oleh Samsung, namun Nintendo dan juga Samsung buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai laporan ini. Namun, ia telah mengesahkan laporan kami sebelum ini. Dengan menggunakan panel OLED ia akan memberi kualiti paparan yang lebih baik serta lebih penjimatan bateri kerana teknologi yang hadir dengan panel ini.
Samsung juga dilaporkan akan mula mengeluarkan panel tersebut bermula Jun ini, dan Switch Pro dikatakan akan tiba sebelum bulan 12 tahun ini. Nintendo mengeluarkan Switch Lite pada bulan September. Ia mungkin lebih lambat terutama kerana Nintendo mengatakan yang tiada pengumuman mengenai konsol baharu dalam masa terdekat.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh dataminer sebelum ini, Switch Pro juga akan menyokong sesi permainan di dalam 4K tetapi apabila ia dimainkan di TV sahaja, secara mudah alih ia masih lagi mengekalkan resolusi 720p.