Senarai Pasukan Untuk Dota 2 Singapore Major Diumumkan

Pada awal bulan lepas, One Esports telah mengumumkan kejohanan Dota 2 Singapore Major secara rasmi di mana ia akan berlangsung pada 27 Mac sehingga 4 April 2021 dan menawarkan hadiah terkumpul sehingga $500 ribu (~RM2 juta).

Kejohanan ini akan menjemput 18 pasukan terbaik daripada Liga Dota Pro Circuit Musim Sejuk dan minggu ini mereka telah mengumumkan senarai pasukan yang terlibat;

  • Eropah: Alliance, Team Secret, Team Nigma dan Team Liquid
  • China: Invictus Gaming, Team Aster, VICI Gaming, dan PSG.LSD
  • Asia Tenggara: Neon Esports, Fnatic, dan T1
  • CIS: NAVI, Virtus.Pro, dan AS Monaco Gambit
  • Amerika Utara: Quincy Crew, Evil Geniuses
  • Amerika Selatan: Thunder Predator, Beastcoast

Kejohanan ini akan menjadi Major pertama untuk Dota Pro Circuit bagi tahun 2021 dan ia juga akan menjadi acara pertama akan disiarkan secara 4K/60fps. Anda boleh layari https://www.oneesports.gg/one-esports-singapore-major/ untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini