Microsoft telah mengumumkan permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada awal bulan ini dan tampaknya mereka menjadikan permainan simulasi sukan sebagai fokus dengan menyertakan permainan seperti Football Manager 2021, NBA 2K21 dan NFL 21.

Berikut adalah senarai permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada awal Mac;

  • Madden NFL21 (Xbox) – 1 Mac 2021
  • Football Manager 2021 (Xbox, PC) – 4 Mac
  • NBA 2K21 (Xbox, xCloud) – 4 Mac
  • Star Wars Squadrons (Xbox) – Sekitar Mac
  • NHL 21 (Xbox) – April

Seperti biasa, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 15 Mac, ia adalah;

  • Alvastia Chronicles
  • Astrologaster
  • Bloodstained: Ritual of the Night
  • Kona
  • The Witcher 3: Wild Hunt

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini