Selepas pelancaran penambahan terbaru untuk Destiny 2 iaitu Beyond Light pada tahun lepas, mereka juga telah mengumumkan dua penambahan yang akan datang iaitu The Witch Queen dan Lightfall. The Witch Queen sepatutnya tiba pada tahun ini, manakala Lightfall pada tahun hadapan.
Minggu lepas, Bungie telah mengumumkan yang mereka telah menundan penambahan The Witch Queen ke awal tahun 2022. Manakala Lightfall buat masa ini tidak diumumkan tarikh baharu, ia mungkin tiba lewat tahun depan ataupun pada tahun 2023. Namun, mereka mengatakan yang sedang merancang kandungan tambahan seterusnya selepas Lightfall.
Antara sebab mereka mengambil keputusan ini adalah The Witch Queen akan menjadi penambahan yang penting untuk menjadi permulaan kepada pelbagai penceritaan yang akan tiba di dalam Destiny 2. Ia juga agar dapat memberikan masa terbaik kepada pekerja mereka terutama dengan keadaan pandemik Covid-19 yang memerlukan mereka bekerja di rumah.
Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.