Kejohanan Mobile Legends M2 World Championship telah berjaya dianjurkan pada bulan Januari lepas, di mana pasukan Bren Esports dari Filipina telah menjadi juara keseluruhan mengalahkan Burmese Ghouls dari Myanmar.

Walaupun mempunyai kes di mana tiga pemain dari Brazil didapati positif Covid-19, ia boleh dikatakan sebagai kejohanan pertama yang berlangsung secara luar talian pada tahun ini, namun ia masih tidak menyertakan penonton, sebaliknya hanya boleh ditonton melalui penstriman langsung.

Menurut Moonton, kejohanan tersebut telah ditonton oleh 136 juta penonton di pelbagai platform penstriman termasuk juga dua stesen TV. Jumlah tersebut adalah jumlah untuk sepanjang 6 hari kejohanan. Platform paling popular adalah Youtube Gaming, Facebook, Nimo TV, TikTok, dan Twitch. Jumlah tersebut menjadikan ia adalah jumlah tontonan tertinggi untuk kejohanan esukan bagi permainan mudah alih.

Daripada jumlah tersebut, penyumbang tertinggi mengikut negara adalah Indonesia iaitu 42.16% adalah penonton dari negara tersebut. Perlawanan paling popular adalah kejohanan akhir di antara Burmese Ghouls dan Bren Esports yang mencatat 3 juta penonton secara serentak iaitu 353% lebih tinggi berbanding rekod untuk tahun lepas.

Mobile Legends boleh didapati untuk iOS dan Android secara percuma. Ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini