Skip to main content

Pada tahun 2019, Steam telah memperkenalkan Remote Play Together iaitu sistem yang membolehkan anda bermain permainan mod multi-pemain secara setempat secara dalam talian. Ia membolehkan anda untuk bermain dengna rakan yang tidak memiliki permainan tersebut.

Steam pada minggu lepas telah mengumumkan yang sistem tersebut kini menyokong untuk bermain bersama dengan rakan walaupun mereka tidak mempunyai akaun Steam.

Cara ia berfungsi adalah, apabila anda membuka permainan yang menyokong Remote Play Togehter satu pautan akan disertakan di bahagian Friend List anda. Pautan tersebut boleh diberikan kepada rakan anda di telefon pintar ataupun PC, di mana ia akan meminta untuk memasang aplikasi Steam Link tetapi tidak akan memerlukan sebarang log masuk ataupun pendaftaran.

Fungsi ini masih lagi diperingkat beta, dan jika anda ingin mencubanya anda perlu menggunakan versi beta untuk Steam.

Leave a Reply