Apple hari ini mengumumkan yang Fantasian iaitu permainan JRPG oleh Mistwalker akan tiba di perkhidmatan langganan mereka Apple Arcade. Mistwalker merupakan studio yang ditubuhkan oleh Hironobu Sakaguchi iaitu pencipta Final Fantasy selepas meninggalkan Square Enix pada tahun 2004.

Penceritaan permainan ini adalah berdasarkan Leo yang cuba mencari ayahnya yang hilang. Dia perlue menjelajah pelbagai dunia dan juga dimensi berbeza. Selepas kejadian di sebuah kawasan yang dikawal oleh robot, dia hilang ingatan dan hanya mempunyai memori mengenai watak bernama Kina. Selepas berjumpa dengan Kina, mereka bersama meneruskan pencarian dan kali ini untuk mengembalikan ingatan Leo.

Pemain akan menjelajah lebih 150 dunia yang berbeza dan setiapnya direka dengan keunikan tersendiri. Di mana ia akan menggabungkan persekitaran nyata dengan watak 3D. Persekitaran ini dihasilkan daripada gambar sebenar di dunia nyata.

Sebagai permainan JRPG, ia juga mempunyai pertempuran secara rawak akan tetapi mereka menyertakan satu sistem yang sesuai untuk digunakan jika pemain sudah mempunyai tahap yang tinggi iaitu “Dimengeon Battle”. Semasa mengembara pemain boleh mengaktifkan Dimengeon di mana berbanding bertempur, raksasa akan dihantar ke dimensi lain, selepas Dimengeon penuh iaitu 30 raksasa ataupun sebelum, pemain akan bertempur secara serentak dengan raksasa-raksasa tersebut.

Buat masa ini Fantasian yang diumumkan untuk Apple Arcade, dan tarikh pelancaran juga tidak diumumkan lagi.

Sohor Kini