Dua daripada permainan besar EA, iaitu Battlefield dan juga Need For Speed dijangka hadir untuk penggemar permainan penembak dan juga perlumbaan pada sekitar bulan Mac tahun hadapan.
Nampaknya salah satu daripada permainan tersebut akan ditunda untuk satu jangkamasa yang lama, kerana tarikh pelancaran satu lagi permainan akan tiba lebih awal dari jangkaan.
Need For Speed akan ditunda selama setahun kerana Criterion Games telah dibina untuk membantu membangunkan permainan Battlefield baru bersama-sama dengan DICE.
Permintaan ini berlaku kerana EA mahukan permainan Battlefield terbaru ini untuk keluar pada musim luruh tahun ini, dan bukan musim bunga tahun hadapan.
Ia dijangka bahawa EA ingin cuba menangkap sebahagian besar jualan permainan video pada musim cuti hujung tahun ini, khususnya kerana Battlefield boleh dikatakan diantara permainan video paling popular mereka, dan dijangka akan memaksimakan prestasi konsol-konsol Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X yang baru sahaja dilancarkan.
Dengan pengumuman ini, EA nampaknya sedang berada dalam proses penstrukturan semula yang agak radikal, khususnya apabila kita lihat bahawa Anthem dilaporkan mati secara rasmi baru-baru ini.