Beberapa minggu yang lalu, kami ada melaporkan bahawa Netflix bakal tampil dengan sebuah anime asal berasaskan permainan MOBA popular Defense of The Ancients 2, atau lebih dikenali sebagai DoTA 2.

Melalui video acah yang diperlihatkan sebelum ini, kita dapat tahu bahawa watak utama anime ini ialah Davio ataupun Dragon Knight. Melalui poster-poster baru yang dikeluarkan, ia dilihat bahawa anime ini akan hadir dengan tiga lagi watak yang cukup dikenali oleh para peminat permainan ini.

Watak-watak ini termasuklah Princess of The Moon Mirana, Moon Rider Luna dan juga Invoker Carl. Ketiga-tiga watak-watak ini boleh diperlihatkan melalui poster-poster yang ditunjuk.

Selain daripada itu, Netflix juga telah berkongsi video acah baru untuk anime ini.

Siri anime DoTA ini akan mula disiarkan di Netflix pada 25 Mac kelak.

Sohor Kini