Skip to main content

Kemaskini, 8 Mac 2021 – IESF turut mengumumkan yang eFootball PES2021 juga akan menjadi permainan yang akan dipertandingkan ketika Kejohanan Dunia Esukan, menyertai Dota 2 dan CSGO.


Kejohanan Dunia Esukan ataupun Esports World Championship merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Esukan Antarabangsa (IESF), ia telah dianjurkan setiap tahun bermula pada tahun 2009.

Pada tahun lepas ia sepatutnya berlangsung di Eilat, Israel tetapi telah dibatalkan akibat pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, ia telah dibawa pada tahun ini dan mereka mengumumkan dua permainan oleh Valve iaitu Dota 2 dan Counter Strike: Global Offensive akan menjadi sukan yang dipertandingkan.

Buat masa ini tidak disahkan jika Malaysia akan menghantar wakil, terutama Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel. Namun, jika Malaysia ingin menghantar wakil mungkin kelonggaran akan diberi. Malaysia sebelum ini pernah menghantar wakil pada tahun 2017 dan 2018.

Leave a Reply