Fokus Netflix terhadap kandungan anime bukanlah sesuatu yang baru. Sejak beberapa tahun lepas, kita telah melihat mereka hadir dengan sejumlah kandungan anime mereka sendiri, dan terkini, mereka baru sahaja mengeluarkan video acah untuk sebuah lagi tajuk anime yang akan tiba secara eksklusif di platform tersebut.

Gokushufudo, ataupun Way of The Househusband ialah sebuah tajuk manga yang melonjak popularitinya kerana jalan ceritanya yang menarik dan lucu. Ia menceritakan tentang seorang bekas yakuza yang bernama Immortal Tatsumi yang kini menjadi suami yang duduk di rumah.

Berita mengenai anime ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi Netflix hari ini baru sahaja mengeluarkan video acah mengenai pengesahan anime ini, dan tarikh siarannya di platform tersebut, dimana ia akan tiba pada 8 April ini.

Sohor Kini