Bossa Studios hari ini telah melancarkan kemaskini baharu untuk permainan Surgeon Simulator 2 mereka iaitu Bad Blood. Ia ditawarkan secara percuma kepada semua pemilik. Antara yang disertakan adalah cabaran baharu, leaderboard dan juga penambah-baikkan untuk antaramuka permainan.

Berikut adalah cabaran baharu yang disertakan;

  • WASD Heroes
  • Panel Smash
  • Match 4
  • Anatomy Theft
  • Limb-Ripper
  • Surgical Mayhem
  • Heading Out
  • Top of the World
  • Surgery Relay

Pemain juga kini boleh bertanding untuk menjadi pakar bedah terbaik dan bertanding untuk menyelesaikan cabaran-cabaran tersebut dengan cara terbaik dengan hadirnya leaderboard. Ia akan menjejak jumlah masa ambil untuk menyelesaikan sesuatu cabaran dan juga jumlah darah yang pesakit hilang.

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan antaramuka yang lebih baik dan akan lebih mudah untuk digunakan oleh pemain. Tambahan itu, mod Creation juga telah menerima pelbagai peralatan baharu untuk digunakan oleh pemain.

Surgeon Simulator 2 sudah dikeluarkan untuk PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini