Skip to main content

Dengan kebanyakan kejohanan esukan masih lagi dianjurkan secara dalam talian akibat pandemik Covid-19, Riot Games telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan acara secara luar talian untuk antara kejohanan terbesar mereka iaitu Mid-Season Invitational (MSI) untuk League of Legends dan Champions Tour (VCT) Masters Reykjavík untuk Valorant.

Kedua-dua kejohanan ini akan berlangsung di Reykjavík, Iceland di mana MSI akan bermula pada 6 Mei 2021 sehingga 23 Mei 2021, ia akan melibatkan 12 pasukan terbaik daripada pelbagai benua yang dipilih melalui kejohanan tempatan. Kejohanan akan bermula dengan peringkat kumpulan iaitu 4 pasukan untuk 3 kumpulan. 2 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan akan berlawan untuk mencari 4 pasukan terbaik yang akan melayakkan ke pusingan playoff dan seterusnya peringkat akhir.

VCT pula akan berlangsung selpas MSI berakhir iaitu bermula pada 24 Mei 2021 sehingga 30 Mei 2021. Ia akan melibatkan 10 pasukan terbaik daripada Challengers untuk setiap benua. Pasukan terbaik daripada kejohanan ini akan melayakkan diri ke VALORANT Champions yang akang berlangsung sekitar tahun ini.

Sebagai langkah penjagaan, setiap pemain dan pengurusan dari setiap pasukan perlu melalui kuarantin wajib di Iceland apabila mereka tiba sebelum kejohanan bermula, selain itu mereka juga mengumumkan yang tidak akan ada penonton secara langsung.

Leave a Reply