Pada tahun 2019, Netflix telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem berdasarkan permainan oleh Ubisoft iaitu The Divsion. Filem ini akan dibintangi oleh Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain. Pada awalnya, David Leitch diumumkan sebagai pengarah tetapi beliau terpaksa menarik diri kerana masalah penjadualan.

Deadline telah melaporkan yang Rawson Marshall Thurber akan menjadi pengarah sebagai ganti, David Leitch akan terus kekal sebagai penerbit eksekutif. Rawson Marshall Thurber sebelum ini pernah mengarah filem seperti Skyscrapper, Central Intelligence dan We’re the Millers.

Filem ini akan diterbitkan oleh 87 North Productions, Nine Stories, Freckle Filem, Bad Version dan Ubisoft Film and Television. Rawson Marshall Thurber akan menjadi penulis bersama Ellen Shanman.

Berdasarkan sinopsis rasmi, The Division akan berkisar tentang Agent Strategic Homeland Division yang cuba merungkai misteri di sebalik pandemik yang memusnahkan ketamadunan dan meraka juga cuba membinanya semula.

Sohor Kini