Skip to main content

Summer Game Festival merupakan acara di dalam talian yang memfokuskan kepada permainan video. Pada tahun lepas, ia dianjurkan untuk menggantikan pelbagai acara yang dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Geoff Keighley iaitu penganjur untuk acara ini, tekah mengesahkan yang acara tersebut akan kembali pada tahun ini. Tahun lepas, ia dianjurkan bermula pada bulan Mei sehingga Ogos, jadi kemungkinan ia akan pada bulan yang sama.

Antara acara yang Summer Game Festival gantikan adalah E3, yang tidak dianjurkan pada tahun lepas, manakala pada tahun ini, dilaporkan yang mereka akan menganjurkan sepenuhnya secara dalam talian. Jadi agak menarik untuk melihat bagaimana penerbit memilih antara dua acara ini.

Leave a Reply