Riot Games bakal melancarkan musim baharu untuk Valorant iaitu Episode 2, Act II. Selain menyertakan Battlepass baharu, mereka juga akan memperkenalkan ejen baharu iaitu Astra. Ejen yang berasal daripada Ghana ini mempunyai role sebagai pengawal ataupun controller.

Kebolehan Astra adalah berkait dengan bintang, di mana beliau boleh memasuki “astral” yang membolehkan pemain bergerak ke mana bahagian di dalam peta, untuk meletakkan bintang kes sesuatu kawasan. Bintang tersebut boleh ditukar kepada tiga kuasa berbeza iaitu Gravity Well yang akan menarik kesemua watak ke tengah kawasan Gravity Well, Nova Pulse yang akan meletup yang akan mencederakan semua watak yang berhampiran. Akhir sekali adalah Nebula, menjadikan bintang tersebut meletup untuk mengeluarkan asap.

Selepas meletakkan bintang di sesuatu tempat, pemain boleh mengambilnya balik, tetapi bintang tersebut akan bertukar warna dan tidak lagi boleh ditarik balik selepas diletakkan sekali lagi. Bagi Ultimate pula, Astra akan menghasilkan satu dinding sepanjang keseluruhan peta. Peluru serta serangan seperti pisau tidak akan menembusi dinding tersebut, selain itu ia juga akan memendamkan kesemua bunyi yang berhampiran.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC dan boleh dimainkan secara percuma. Ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini