Selain pemain kembali ke benua Sinnoh melalui versi olahan semula untuk Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl, Game Freaks juga sedang membangunkan permainan baharu untuk siri Pokemon iaitu Pokemon Legends Arceus yang juga akan berlaku di benua Sinnoh.
Namun ia adalah sebelum kejadian di dalam mana-mana siri Pokemon, dan anda akan menjadi orang yang pertama memenuhi Pokedex di benua tersebut. Ia juga memperlihatkan bentuk permainan dengan sedikit berbeza, di antaranya pemain kini boleh menaiki Pokemon mereka termasuk juga terbang.
Seperti judulnya, selain mencari pelbagai Pokemon, pemain juga akan menyiasat mengenai Pokemon Legendary Arceus. Sebagai permulaan, pemain diberi pilihan dengan tiga pokemon berikut Rowlett, Cyndaquil, atau Oshawott. Pokemon Legends Arceus akan dikeluarkan pada tahun hadapan.