Skip to main content

The Pokemon Company hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mengolah semula Pokemon Diamond dan Pearl untuk Nintendo Switch dan ia akan tiba pada akhir tahun 2021. Pokemon Diamond dan Pearl merupakan dua edisi permainan Pokemon yang dikeluarkan pada tahun 2006 untuk Nintendo DS.

Ia menyertakan rekaan grafik menggunakan watak mini ketika mengembara di dunia terbuka, akan tetapi apabila memasuki pertempuran ia akan menggunakan rekaan watak secara penuh.

Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl akan dibangunkan oleh I Love Computer Arts iaitu studio yang bertanggunjawab untuk Pokemon Home. Game Freak akan terlibat dengan projek berlainan iaitu Pokemon Legends Arceus.

Leave a Reply