Kemaskini: Pelanggan PS Plus kini boleh tebus permainan percuma yang ditawarkan untuk bulan Mac. Maquette hanya boleh dimainkan di PS5, manakala Fearpoint memerlukan set kepala realiti maya.
Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Mac untuk pemain di Malaysia.
Mereka menyertakan lima permainan percuma yang boleh ditebus bermula 2 Mac sehingga 5 April 2021;
- Final Fantasy VII Remake
- Fearpoint
- Maquette
- Knack II
Final Fantasy VII Remake adalah khusus untuk PlayStation 4 sahaja, pemain yang mendapatkan permainan ini melalui PS Plus tidak akan mendapat naik taraf percuma yang diumumkan hari ini. Manakala Maquette pula adalah untuk pemilik PlayStation 5 sahaja, tetapi anda boleh menebus-nya melalui PS Store di pelayar ataupun aplikasi.
PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.
Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Februari anda masih boleh melakukannya sehingga 1 Mac 2021. Manakala Destruction AllStars boleh ditebus sehingga 5 April 2021.