PlayStation 5 mempunyai slot storan tambahan untuk NVME SSD akan tetapi buat masa ini ia disekat daripada digunakan kerana menurut Sony mereka masih lagi perlu menguji untuk memastikan storan tambahan yang dibeli oleh pemain dapat mencapai prestasi optimum.

Berdasarkan laporan oleh Bloomberg, Sony dijangkakan akan membuka slot storan tambahan tersebut pada suku ketiga tahun ini melalui kemaskini sistem operasi. Sony tidak mengesahkan laporan tersebut akan tetapi mengatakan yang mereka akan maklumat lanjut akan dikongsi kemudian.

Konsol PlayStation 5 hadir dengan storan 825gb akan tetapi yang boleh digunakan adalah 667GB sahaja. Walaupun kebanyakaan permainan mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding versi PS4, akan tetapi ia masih lagi satu jumlah storan yang terhad.

Sohor Kini