Ketika acara State of Play, Oddworld Inhabitants telah berkongsi video baharu yang memperlihatkan permainan seterusnya untuk siri Oddworld iaitu Oddworld: Soulstorm. Mereka juga mengumumkan yang ia akan dikeluarkan 6 April 2021. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang permainan ini akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada permainan percuma PS Plus untuk bulan April. Seperti sebelum ini, ia adalah terhad untuk dimainkan di PlayStation 5 sahaja.

Oddworld: Soulstorm akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini