Japan Studios merupakan antara studio terawal yang ditubuhkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk membangunkan permainan buat konsol PlayStation. Antara permainan terkenal oleh mereka adalah Ape Escape, Gravity Rush dan Knack. Mereka juga banyak terlibat sebagai pembangun bersama dengan studio lain.
Selepas beberapa nama besar daripada studio tersebut, termasuk juga penerbit untuk Bloodborne Masaaki Yamagiwa dan Keichiro Toyama untuk Gravity Rush mengumumkan mereka meninggalkan SIE, ramai yang tertanya mengenai keadaan terkini untuk Japan Studios.
Melalui kenyataan yang dikongsi oleh SIE kepada VGC, mereka akan melakukan mengorganisasikan semula Japan Studios di mana kebanyakan pekerja tidak diperbaharui kontrak, sesetengah juga menyertai Keichiro Toyama yang menubuhkan Bokeh Game Studio.
Ada juga yang akan diserap masuk ke dalam ASOBI Team yang akan menjadi studio secara kendiri untuk membangunkan siri permainan Astro. Selebihnya akan menjadi pembangun bersama dengan studio lain sebagai PlayStation Studios.