Square Enix mempunyai hari yang sibuk hari ini, selain mengumumkan Final Fantasy VII Remake menerima versi penambah-baikkan dan tambahan kandungan untuk PS5, mereka juga mengumumkan dua permainan mudah alih berdasarkan permainan tersebut.

Pertama adalah Final Fantasy VII Ever Crisis yang diumumkan akan menyertakan kandungan penuh siri tersebut tetapi menggunakan grafik yang khusus untuk peranti pintar. Ia akan hadir secara episod seperti Final Fantasy XV Pocket Edition.

Ia akan menyertakan penceritaan daripada permainan asal Final Fantasy VII, Advent Children, Before Crisis, Crisis Core dan juga Dirge of Cerberus, ia juga menyertakan kandungan baharu. Final Fantasy VII Ever Crisis akan tiba pada tahun 2022 untuk iOS dan Android.

Selain itu, mereka juga mengumumkan permainan battle royale berdasarkan dunia Final Fantasy VII iaitu Final Fantasy VII The First Soldier. Seperti judulnya pemain akan menjadi Soldier yang sedang berlatih, dan tampaknya salah satu latihan tersebut adalah battle royale.

Final Fantasy VII The First Soldier akan tiba untuk iOS serta Android sekitar tahun ini.

Sohor Kini