Sunless Sea Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Selepas menawarkan dua permainan pada minggu lepas, Epic Games Store kembali menawarkan satu sahaja permainan percuma pada minggu ini iaitu Sunless Sea. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga tengah malam 5 Mac.

Sunless Sea adalah permainan aksi pengembaraan yang menjadikan pemain seorang kapten kapal dan perlu meneroka pelbagai kawasan untuk mencari kekayaan. Ia juga menyertakan elemen roguelike seperti peta yang direka secara rawak dan juga kematian kekal tetapi pemain boleh meninggalkan wasiat untuk watak yang seterusnya. Ia dibangunkan oleh Failbetter Games.

Selepas tawaran Sunless Sea berakhir, mereka akan menggantikannya dengan satu permainan juga iaitu Wargame: Red Dragon.

Sohor Kini