Bloomberg melalui satu laporan mengatakan yang EA dan Bioware telah membatalkan perancangan mereka untuk menyertakan mod multi-pemain buat permainan Dragon Age 4, yang sudah diumumkan sebelum ini tetapi tanpa judul penuh.
EA bercadang untuk menjadikan Dragon Age 4 sebagai permainan “game as a service” dengan memfokuskan kepada elemen multi-pemain. Namun, selepas kegagalan Anthem dan juga penerimaan yang baik untuk Star Wars Jedi: Fallen Order, mereka membatalkan perancangan tersebut dan akan menjadikan permainan baharu Dragon Age ini sepenuhnya permainan solo.
Bioware minggu ini telah mengumumkan yang mereka tidak lagi membangunkan versi baharu untuk Anthem untuk memfokuskan kepada permainan Dragon Age ini.