PUBG Corporation telah mengumumkan permainan mudah alih baharu untuk PUBG iaitu PUBG: New State untuk iOS dan juga Android. Ia boleh di pra-daftar bermula hari ini untuk Android.

Ia boleh dikatakan sebagai versi masa hadapan untuk PUBG di mana ia berlaku pada tahun 2051 beberapa tahun selepas PUBG sekarang yang berlangsung pada masa terkini. Melaluinya ia akan menyertakan pelbagai gajet yang lebih terbaru seperti dron, senjata dan juga kenderaan yang lebih moden. Permainan ini disahkan akan mengekalkan konsep battle royale yang melibatkan 100 pemain.

PUBG New State akan tiba sekitar tahun ini dan versi pra-alfa akan tiba dalam masa terdekat.

Sohor Kini