Skip to main content

Acer pada tahun lepas telah menunda penganjuran Asia Pasific Predator League 2020 akibat pandemik Covid-19, walaupun tahun ini keadaan masih tidak bertambah-baik akan tetapi Acer telah mengumumkan yang mereka akan terus menganjurkan kejohanan tersebut tetapi sepenuhnya secara dalam talian.

Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung pada 6 hingga 11 April 2021 dan akan melibatkan pasukan yang layak daripada tahun lepas bersama dengan beberapa pasukan yang akan dijemput oleh Acer sendiri. Ia akan mempertandingkan dua permainan iaitu Dota 2 dan juga PUBG.

Pertandingan akan dibahagikan kepada 4 sub-kejohanan;

  • Peringkat Akhir Predator League 2020/21 Dota 2 Asia
  • Peringkat Akhir Predator League 2020/21 Dota 2 APAC
  • Peringkat Akhir Predator League 2020/21 PUBG Asia
  • Peringkat Akhir Predator League 2020/21 PUBG APAC

Kejohanan ini akan mempertaruhkan hadiah terkumpul sebanyak $400 ribu (~RM1.6 juta). Ia akan disiarkan secara langsung melalui Facebook dan Twitch.

Leave a Reply