90% Pemain Permainan Lumba Menggunakan Alat Kawalan Di Steam

Steam hari ini mengumumkan yang mereka menyediakan sistem baharu kepada penerbit yang memfokuskan kepada penggunaan alat kawalan. Melaluinya, penerbit dapat melihat jumlah pemain yang menggunakan alat kawalan untuk bermain permainan mereka. Ia juga akan memperlihatkan alat kawalan berbeza yang digunakan.

Menurut Steam, dengan menyediakan sistem baharu ini ia akan memudahkan penerbit dan juga pembangun untuk memfokuskan usaha mereka bagi memastikan permainan menyokong alat kawalan terutama alat kawalan popular seperti Xbox dan juga DualShock/DualSense.

Selain itu, Steam juga berkongsi maklumat menarik mengenai penggunaan alat kawalan di Steam. Terdapat 48 juta pemain yang menggunakan alat kawalan di Steam, dan 10% daripada sesi bermain harian menggunakan alat kawalan. Bagi penggunaan alat kawalan mengikut genre pula ia adalah seperti berikut;

  • Strategi Masa Nyata: <1%
  • Sukan/Pertempuran: 70%
  • Lumba/Skate: 90%
  • Aksi Pengembaraan: 40-50%
  • FPS: 7-8%

Dengan fungsi baharu ini, dan juga sokongan secara terus oleh Steam, penggunaan alat kawalan di Steam sudah semestinya akan terus meningkat.

Sohor Kini