Anthem Boleh Dikatakan Mati Secara Rasmi

EA hari ini mengumumkan sesuatu yang mungkin sudah dijangkakan oleh orang ramai iaitu mereka telah membatalkan projek untuk membangunkan semula Anthem, walaupun mereka akan terus membuka pelayan untuk permainan tersebut tetapi kita boleh katakan yang ia satu permainan yang sudah mati.

Mereka mengatakan yang dengan kesemua pembangun bekerja dari rumah, ia menjadikan pembangunan versi baharu tersebut menjadi semakin sukar. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi membebankan pembangun dengan projek dan mereka sebaliknya akan memfokuskan usaha untuk membangunkan Dragon Age 4.

Tampakanya persoalan kami sebelum ini sama ada Anthem masih mempunyai harapan atau sama ada ia akan menerima peluang kedua tahun ini akhirnya terjawab, ia adalah pengakhiran untuk permainan ini.

Sohor Kini