Skip to main content

Ubisoft hari ini telah melancarkan DLC pertama untuk musim ketiga buat permainan Anno 1800. DLC berjudul Docklands ini akan membolehkan pemain untuk membina Docklands anda sendiri iaitu gudang modular. Setiap module yang disertakan memberikan pelbagai kelebihan yang berbeza.

Bersempena dengan pelancaran DLC ini, pemain juga berpeluang untuk mencuba Anno 1800 secara percuma iaitu bermula pada 25 Februari sehingga 1 Mac. Jika pemain ingin membelinya, ia ditawarkan dengan potongan harga iaitu 50% untuk edisi biasa dan 25% untuk edisi lain.

Bagi DLC Docklands pula, ia boleh dibeli dengan harga RM22, ataupun pas semusim untuk musim ke-3 dengna harga RM65. Anno 1800 sudah dilancarkan untuk PC di Uplay Store dan Epic Games Store.

Leave a Reply