Skip to main content

EA dan Hazelight Studios telah berkongsi treler bentuk permainan untuk permainan seterusnya oleh mereka iaitu It Takes Two. Tidak mengejutkan, pengarah untuk permainan ini iaitu Josef Fares sendiri yang menjadi pencerita di dalam treler tersebut.

Mengambil konsep daripada permainan mereka sebelum ini iaitu A Way Out, permainan ini juga memfokuskan kepada sesi permainan koperasi. Dengan seorang pemain akan menjadi suami dan seorang pemain lagi menjadi isteri. Mereka telah bertukar menjadi patung mainan, dan terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.

Di dalam treler tersebut diperlihatkan yang kedua-dua watak akan mempunyai kebolehan yang berbeza dan perlu digunakan bersama untuk mengatasi sesuatu peringkat. Antaranya adalah suami dapat mundurkan masa manakala isteri pula dapat menghasilkan klon untuk dirinya sendiri.

It Takes Two akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Seperti A Way Out, hanya satu pembelian sahaja diperlukan untuk anda bermain dengan rakan.

Leave a Reply